Perak clan here
Salam saudara

aku nak tanya engkau la..ko tengok tak perhimpunan mansuhkan pelajaran dalam bahasa BI???
KO tengok?X tengok?
Meh sini teman nak cerita…bangsa lain sorang pun x ada kat citu. kalau ada pun yang bangang..Sebab apa? Sebab mereka tak mau anak melayu berjaya.. Kenapa? sebab nanti x bleh cari makan?
Mereka hantar anak mereka ke Tuisyen BI lepas skolah jadi x pyh paksa belajar dalam BI pun tak apa. tapi KO?? anak-anak melayu lepas skolah main, tido.. g skolah pun main..aku bukan nak hilangkan melayu, tapi cuba ko tengok dari segi positif? kalau tak pandai matametik dalam BI ko mesti belajar kan? Jadi kalau ko amik iktibar kat sini ko dah boleh dua ilmu..PIKIR la sedara.
Orang lain makan cili nak bagi sedap tapi ko letak cili banyak2 rosak habis la makanan tu.
Sedara bandingkan bahasa lain ikut negara…sepatut saudara fikir zaman kegemilangan Islam dulu ramai tokoh islam yang berjaya samada ilmu dari barat atau selatan, macamana mereka bleh berjaya dalam ilmu barat?SEBABnya mereka belajar bahasa dan ilmu tersebut dan Bawa masuk dalam kegunaan harian umat Islam dan tak melanggar hukum islam pun.SEBAB tu mereka berjaya. Macam tu la juga orang barat amik ilmu dari orang islam..Mereka berusaha belajar bahasa dan budaya orang seterusnya kutip ilmu

ZAMAN SEKARANG?
Baru kena geletek skit melatah lebih2
MacamNer orang kita nak berjaya..
buku ilmu yang penting pun skang banyak lagi dalam BI kan…????
jangan duk harap orang lain terjemah untuk orang melayu je..cuba berdiri atas diri sendir cari jalan untuk terjemah la..Sedara boleh ke?
Kalau boleh terjemah la untuk rakyat malaysia. Kat sini sedara dah boleh majukan kaum sendiri dan MARTABATKAN BAHASA MELAYU!!

Teman terkejut benar tengok berita minggu ni…Lagi terkejut bila tengok berita ahli politik yang keluar masuk..yang baru keluar dua tiga hari pun masuk balik pun memenigkan kepala.tapi tak pa la teman nak tengok pulak Kerajaan Perak yang baru ni..Macam mana pentadbiran mereka..jangan di ulang kisah yang lama, jangan dimulakan kroni yang baru, kerana masalah begini la yang membuatkan rakyat tidak percaya dan beralih arah. Bagi yang dipilih pula jangan la plak bila tak puas hati nanti nak main lompat-lompat lagi takut nanti lompat tak lepas kaki tersadung..Gedebuk jatuhnya..
Bagi yang taksub dengan sebelah pihak jangan la menuduh berdasarkan cakap orang, fikir la dulu sebelum setuju..Teman tengok ramai sangat orang kita ni, mudah sangat percaya tanpa fikir kebaikan sesuatu perkara.
Suara sumbang mula kedengaran Perak DiRompak Oleh BN..meletup tajuk tu, tapi terfikir kah dek akal fikiran kita bila PR menakluki Perak tidak pulak kedengan hal sedemikian. Yang kedengaran hanya kejayaan oleh rakyat yang mahukan perubahan. Terlalu ketara kelihatan oleh orang yang inginkan pembaharuan, orang-orang sebegini hanya mengamakan prinsip “aku buat tak salah, orang lain buat tak boleh”. Lantaran itu bila orang lain buat dia akan sebarkan perkara yang di sendiri belum pasti kesahihan dia, namun dek rasa iri hati yang ada, maka yang berstatus tinggi pun akan hilang kawalan diri.
Kemudian keluarlah perkataan dan fakta yang entah betul atau tidak, yang palik lagi memeranjatkan, walaupun fakta belum tentu sahnya ada juga manusia yang berpangkat haji dan lebai ( yang watak nya sahaja) sanggup bersama-sama menyebarkan fitnah tersebut.

Welcome to MyIkhwanNetwork. ThankĀ  u, 4 spend ur time in this network!!!Let discuss here…………….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.